Bank Dunia beri pinjaman AS$500 juta untuk projek lebuh raya India

23/12/2020 06:45 PM

NEW DELHI, 23 Dis — New Delhi dan Bank Dunia pada Selasa menandatangani perjanjian mengenai Projek Koridor Lebuh Raya Hijau Nasional bernilai AS$500 (AS$1=RM4.03), lapor Agensi Berita Xinhua.

Projek pembinaan lebuh raya itu membabitkan negeri Rajasthan, Himachal Pradesh, Uttar Pradesh dan Andhra Pradesh.



Tempoh matang pinjaman ialah 18.5 tahun, termasuk tempoh penangguhan lima tahun.

Projek itu akan meningkatkan keupayaan Kementerian Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya Persekutuan dalam mengutamakan teknologi yang selamat dan hijau, menurut kenyataan Kementerian Kewangan Persekutuan.

Ia membabitkan pembinaan lebuh raya sepanjang 783 kilometer di pelbagai kawasan geografi dan projek ini dijangka membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam pembinaan serta penyelenggaraan.

Pegawai kanan di Kementerian Kewangan Persekutuan C. Mohapatra berkata projek itu akan menetapkan piawaian baharu dalam pembinaan lebuh raya yang selamat.



Projek di empat negeri itu dapat membantu meningkatkan hubungan dan mempromosikan pembangunan ekonomi, tambah beliau.

Objektif utama infrastruktur pengangkutan adalah untuk menyediakan rangkaian lebuh raya yang lancar selain mengurangkan kos logistik.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button