Switzerland kecewakan Serbia

DOHA: Switzerland mengatasi Serbia 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia untuk mara ke pusingan 16 terakhir buat kali ketiga berturut-turut sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan mereka di tangga kedua kumpulan pada enam mata bersama pendahulu, Brazil, dan Switzerland akan bertemu Portugal bagi merebut tempat ke suku akhir.

Switzerland mendahului permainan menerusi rembatan Xherdan Shaqiri pada minit ke-20, menjadikan pemain sayap itu sebagai pemain pertama dari negaranya menjaringkan gol di tiga edisi Piala Dunia.



Kegembiraan itu hanya bertahan enam minit apabila Serbia, yang perlu menang untuk layak ke pusingan seterusnya, meledak dua kali menerusi Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic.

Bagaimanapun Switzerland bangkit menerusi dua gol hasil jaringan Breel Embolo dan Remo Freuler – sebelum dan selepas rehat – untuk terus kekal di Qatar, manakala Serbia tersingkir.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading