Prestasi FDI Negara Hancur – Semua Salah PPBM dan DAP

Sejak minggu lepas, isu penurunan ketara pelaburan asing (FDI) ke Malaysia menjadi isu hangat.

Lebih-lebih lagi setelah kita sering dengar negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam asyik melaporkan pelaburan asing baru daripada syarikat terkenal dunia seperti Google, Tesla dan lain-lain baru-baru ini manakala Malaysia tidak umumkan sebarang pelaburan asing yang signifikan.

Tidak boleh dinafikan bahawa pelaburan langsung asing ke Malaysia telah turun dengan teruk selepas PRU14.



Pada tahun 2017, kita masih ada syarikat minyak terbesar dunia Aramco melabur US$7 bilion di Pengerang, syarikat internet paling besar China, Alibaba dan syarikat kereta Geely-Volvo memlih Malaysia sebagai hub ASEAN, syarikat Alliance Steel membina kilang besi terbesar di rantau ini (salah sebuah kilang di MCKIP Pahang yang dikatakan PH sebagai “jual negara dengan tembok besar Cina” sebelum PRU14 tetapi dikatakan pula antara projek paling penting untuk menarik pelabur asing selepas PRU14), pelaburan asing untuk projek Melaka Gateway, syarikat CCCC serta Prudential umum Malaysia menjadi HQ ASEAN dan lain-lain lagi.

Tapi selepas itu, pengumuman pelaburan asing terbesar ke Malaysia ialah pelancaran dibuat kerajaan PH untuk Bandar Malaysia.

Itupun projek 1MDB masa BN dan pelabur asing tersebut adalah pelabur yang sama masa BN.

Mengikut data rasmi kerajaan, jumlah pelaburan langsung asing jatuh mendadak selepas PRU14.
2015 – RM39.4 bilion
2016 – RM47.1 bilion
2017 – RM40.4 bilion
2018 – RM30.7 bilion
2019 – RM19.6 bilion (setelah tolak RM12.1b dari RM31.7b)***
2020 – RM16 bilion (ramalan pakar)
2021 – RM17 bilion (ramalan pakar)



*** Kerajaan PH secara rasmi umum pelaburan asing bagi tahun 2019 sebanyak RM31.7 bilion. Apabila Menteri Kewayangan umum pelaburan asing bagi suku-1 2019 adalah paling tinggi dalam sejarah, saya mendapati ianya sebenarnya adalah penjualan aset negara iaitu penjualan saham IHH Berhad kepada negara Jepun dan penjualan 50% saham Sapura Upstream kepada Austria bernilai RM12.1 bilion.

Saya pun gelakkan kerajaan PH begitu terdesak untuk mengambil kira penjualan aset negara sebagai pelaburan asing untuk claim kredit.

Perkara ini disahkan Tony Pua setelah saya bongkarkan kerajaan PH ambil kira penjualan aset negara kepada orang asing sebagai pelaburan asing. Lalu Tony jawab bahawa Najib buat yang sama untuk pelaburan US$7 bilion Aramco yang dia sifatkan sebagai penjualan saham oleh Petronas.

Tetapi bezanya ialah Aramco melabur bersama Petronas dalam projek RAPID Pengerang untuk projek yang belum dibina. Setelah dibina, projek itu akan menjana ribuan pekerjaan baru. Manakala penjualan saham-saham IHH Berhad dan Sapura Upstream cuma pertukaran pemilikan sahaja bagi syarikat sedia ada. Tidak satu pekerjaan baru dijana.



“Bawah kamu, Petronas juga jual saham kepada syarikat asing, Tony jawab Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/bawah-kamu…/

Bukan pelaburan langsung asing sahaja yang telah jahanam tetapi pelaburan asing dalam Bursa Malaysia turut mengalami aliran keluar yang seram sebaik sahaja keputusan PRU14 diketahui.

2017: Aliran MASUK dana asing RM10.3 bilion
Jan-Apr 2018: Aliran MASUK dana asing RM3.1 bilion
Mei-Dis 2018: Aliran KELUAR dana asing RM14.7 bilion
2019: Aliran KELUAR dana asing RM11.2 bilion
2020 (sehingga minggu lepas): Aliran KELUAR dana asing RM25 bilion

Aliran keluar dana asing dari Malaysia adalah paling tinggi antara semua semua negara-negara ASEAN untuk tiga tahun berturut-turut selepas PRU14.



“21 Dec 2020: Foreign fund outflow hits RM25bil”
https://www.thestar.com.my/…/foreign-fund-outflow-hits…

Apabila pelabur pilih negara untuk melabur, mereka akan pertimbangkan:
1) saiz pasaran domestik
2) kos tenaga kerja mahir yang murah
3) halatuju negara
4) infrastruktur negara
5) kestabilan politik negara
6) Sistem perundangan yang adil dan telus
7) kadar cukai korporat.
8) Kecekapan pentadbiran
9) Hubungan diplomasi antara negara yang baik
10) Pemimpin tertinggi negara yang sering cari dan secara aktif membina hubungan peribadi rapat dengan tokoh syarikat asing terbesar seluruh dunia serta pemimpin-pemimpin negara lain.

Akibat PRU14, PH telah menjahanamkan 3) halatuju negara apabila menggantikan Pelan Transformasi Negara yang begitu teratur dan komprehensif kepada pelan Wawasan Kekayaan Bersama 2030 (WBK2030) yang entah siapa tahu apa bendanya.

PH telah bantutkan 4) infrastruktur negara apabila mereka batalkan atau perlambatkan rata-rata projek infrastruktur seperti projek saluran petroleum, LRT3, HSR, MRT2, MRT3, RTS, ECRL, Melaka Gateway, dan Pan Borneo Highway.



Akibat hasutan berdasar kebencian terhadap peribadi dan perkauman, janji-janji manifesto bukan kitab suci, fitnah dan sebagainya PH juga telah hancurkan 5) kestabilan politik negara hari ini.

Walaupun kerajaan PH sudah bertukar tangan menjadi kerajaan PN, ketidakstabilan politik negara masih amat berbahaya dan merupakan antara faktor paling besar kenapa pelabur asing tak masuk.

PH telah menjahanamkan 6) Sistem perundangan yang adil dan telus apabila mereka ganti hampir kesemua jawatan-jawatan penting institusi negara seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Pendakwaraya, ketua SPRM dengan orang-orang mereka supaya sistem perundangan negara digunakan untuk menyeksa dan mengenakan lawan politik mereka.

Pada tahun 2006, kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN.
– Singapura 17%
– Malaysia 28%
– Vietnam 28%
– Thailand 30%
– Indonesia 30%



Kadar cukai korporat USA lagi tinggi, iaitu 35%.

Tahun 2020 ini, kadar cukai korporat Malaysia menjadi paling tinggi. Malah, USA menjadi lebih rendah berbanding kita.
– Singapura 17%
– Vietnam 20%
– Thailand 20%
– USA (bukan ASEAN)
– Indonesia 22%
– Malaysia 24%

PH telah menghalang rancangan kerajaan BN dahulu untuk terus mengurangkan 7) kadar cukai korporat Malaysia kepada 20% supaya kita masih kompetitif dengan negara-negara jiran apabila PH mansuhkan GST dan naikkan semula kebergantungan negara kepada hasil petroleum pada ketika harga minyak dunia turun.

“GST adalah lebih saksama dan progresif. Semakin banyak yang anda gunakan, semakin banyak yang anda bayar. Kerana GST, kami dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi,” kata Perdana Menteri.
“Oktober 26, 2017: Hapus GST satu langkah ke belakang – Najib”
https://www.bharian.com.my/…/hapus-gst-satu-langkah-ke…

Akhirnya, PH rosakkan 8) kecekapan pentadbiran dengan melantik para-para akauntan gagal, mat tak lepas kursus kulinari, pelawak yang tidur tepi jalan, mereka yang tipu sijil, pemfitnah yang terus menipu rakyat untuk menjadi menteri-menteri manakala PM pula adalah seorang yang kaki cari gaduh merata dunia dengan idea yang ketinggalan zaman 20 tahun.

Hatta, masa depan negara kita agak malar pada masa kini jika kesemua ini tidak diperbetulkan sebab faktor 1) saiz pasaran domestik adalah di luar kawalan kerajaan.

Untuk faktor 2) Kos tenaga kerja mahir yang rendah, adakah Rakyat Malaysia sanggup terus ikat perut untuk menerima gaji yang rendah dan jangan iri hati orang kaya seperti sering disaran Tun Mahathir?

Antara 10 faktor utama untuk tarik pelaburan, PH sudah hancurkan 8.

Dan jika kesemua faktor-faktor diatas itu tidak diperbetulkan pada masa yang singkat maka pelaburan asing ke Malaysia berbanding negara-negara jiran bagi tahun-tahun mendatang agak malap.

Pautan  Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button