Carrick kini bimbing Middlesbrough

LONDON: Michael Carrick dilantik sebagai pengendali baharu kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Middlesbrough.

Bekas pemain Manchester United berusia 41 tahun itu menggantikan Chris Wilder, yang dipecat awal bulan ini.

“Dengan sukacita kelab mengumumkan pelantikan Michael Carrick sebagai ketua jurulatih baharu.



“Michael membawa pengalaman luasnya ke kelab selepas bermain untuk Manchester United selama 12 tahun dan menjadi jurulatih serta pengendali sementara kelab Old Trafford itu.

“Kami mengalu-alukan kedatangan Michael ke kelab ini. Kami mengenal pasti beberapa calon berpotensi untuk jawatan ini, tetapi Michael antara yang paling menyerlah.

“Michael mempunyai nilai sama seperti kelab, dan matlamat kami juga seiringan. Kami lihat Michael sebagai pilihan tepat dan dia percaya ini adalah kelab yang tepat buatnya ketika ini,” kata pengerusi Boro, Steve Gibson.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading