Identiti polis ‘minta seratus’ sudah dikenal pasti – Ketua Polis Perak

Identiti polis ‘minta seratus’ sudah dikenal pasti – Ketua Polis Perak

Identiti polis 'minta seratus' sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak

IPOH: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang didakwa meminta wang daripada pelancong pasangan warga United Kingdom (UK) yang juga pempengaruh media sosial, bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri turut mengakui pasangan terbabit memberikan kerjasama apabila dihubungi polis.



Beliau berkata, maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat.

“Sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media,” katanya ringkas sewaktu dihubungi, pagi ini.

Mohd Yusri ditanya pengesahan berhubung hantaran pasangan pelancong dari UK yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ itu di X, waktu tempatan malam tadi, yang menyatakan mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…




Pagi semalam, Mohd Yusri dilapor berkata Polis Perak sedang menunggu arahan Bukit Aman bagi siasatan lanjut kes itu dengan ia sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, selain menyatakan bahawa identiti anggota polis terbabit sedang dikenal pasti.

Ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada, dalam Perak

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Kejadian itu tular apabila perbuatan anggota polis itu yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa dibayar di balai polis.

 



Identiti polis ‘minta seratus’ sudah dikenal pasti – Ketua Polis Perak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button