Yakin KPDNHEP dapat tangani isu kartel daging import – Zulkifli

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan keyakinan isu kartel daging import seludup dan diragui statusnya dapat ditangani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau berharap masyarakat dapat memberikan sokongan.

Katanya, dengan sokongan dan doa rakyat, isu terbabit akan menemui jalan penyelesaian.

“Insya-Allah, saya yakin isu terbabit akan ditangani sebaiknya oleh KPDNHEP.

“Dengan sokongan dan doa rakyat Malaysia, isu terbabit akan menemui jalan penyelesaian,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Beliau juga mengesyorkan orang ramai supaya memuat naik aplikasi Verify Halal di App Store bagi pengguna iOS dan Google Play bagi pengguna Android untuk memeriksa status halal produk, sama ada dengan mengimbas kod bar, menaip maklumat produk ataupun melakukan pencarian mengikut produk, jenama, syarikat dan negara.

BH Online

Leave a Reply