TERIMA PUJIAN, ATIKAH BELUM SEDIA BERHIJAB: “NAK NAMPAK CANTIK ATAU SEBAB ALLAH?”

Hebahkan !!!

Pelakon Atikah Suhaime yang dilihat tampil manis bertudung dalam drama terbaru berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi itu mengakui dirinya masih belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.

Meskipun dipuji cantik oleh ibunya dan kekasih hatinya iaitu Datuk Lokman Teh, Atikah merasakan dia perlu ikhlas untuk menunaikan tuntutan agama itu. Perkara tersebut diluahkan Atikah menerusi InstaStory miliknya baru-baru ini.

“Hari itu, mama dengan @lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung. Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah. Insya-Allah suatu hari nanti,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi Insta Story itu, Atikah yang juga pelakon drama ‘Dendam Cinta Arissa’ itu telah memuat naik foto memaparkan dirinya memakai tudung berwarna merah jambu.

Perkembangan terkini, pelakon kelahiran Singapura itu dikhabarkan baru saja selesai menjalani penggambaran drama Aku Seorang Perempuan yang menampilkan dirinya membawa watak Siti Nor Aisya sebagai teraju utama.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: