Suspek larikan orang: Lima polis ditahan
Suspek larikan orang: Lima polis ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai dan empat anggota polis antara antara enam yang ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki dalam kejadian di Desa Petaling di sini, Ahad lalu
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata tangkapan ke atas keenam-enam suspek ditahan susulan aduan diterima daripada mangsa, penganggur berusia 26 tahun kira-kira jam 5.48 petang, Selasa lalu.
Menurut beliau, semua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kelmarin oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD terbabit.
“Lima daripada suspek adalah pegawai dan anggota polis serta seorang orang awam, berusia antara 27 hingga 42 tahun.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (culik), Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan yang salah) serta Seksyen 323 akta sama (sengaja menyebabkan cedera),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi, Ahad lalu dan dakwaan mangsa dipukul oleh suspek dalam kejadian ini.
Katanya, reman ke atas suspek dibenarkan selama sehari sebelum semua dibebaskan dengan jaminan polis.
“Siasatan terperinci sedang diteruskan dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Suspek larikan orang: Lima polis ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :