Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh abang

© Provided by Berita Harian Suspek (berbaju biru) dibawa keluar dari Mahkamah Kangar selepas mendapat perintah reman dari… bhnews

 

KANGAR: Seorang lelaki direman tujuh hari sehingga 7 Januari hadapan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan abangnya yang ditemui rentung dalam satu kebakaran di dua rumah berkembar di Kampung Chantek Bangun, Simpang Empat, di sini pada 27 Disember lalu.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sendiri itu dibawa ke Mahkamah Kangar jam 9 pagi selepas ditahan di sekitar rumahnya semalam.



Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu diwakili oleh peguam Asmaniza Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan suspek.

Pada 27 Disember lalu, Romizan Ramli, 42, maut selepas terperangkap di dalam rumahnya ketika kebakaran berlaku di kediamannya di Kampung Chantek Bangun, Simpang Empat, di sini.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.30 pagi itu turut memusnahkan sebuah lagi rumah di sebelah rumah mangsa yang dihuni oleh tujuh ahli keluarga mangsa yang lain termasuk tiga anak mangsa.



Kebakaran dipercayai bermula dari bilik suspek sebelum merebak ke bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Mangsa dipercayai maut akibat lemas selepas gagal keluar untuk menyelamatkan diri.

Mayat mangsa ditemui oleh anggota bomba.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Pemandu mabuk rempuh polis direman semula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button