Wanita warga emas parah diserang buaya

Wanita warga emas parah diserang buaya

Wanita warga emas parah diserang buaya
Foto hiasan

KUDAT: Seorang wanita warga emas cedera parah selepas diserang buaya dalam kejadian di Sungai Kampung Damaran, Pulau Banggi, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 79 tahun cedera di tangan dan kaki akibat dibaham buaya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan jam 1.53 tengah hari daripada anak saudara mangsa.



Katanya, ketika kejadian mangsa dipercayai ke sungai untuk mengambil air sebelum diserang haiwan reptilia itu.

“Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum dihantar ke Hospital Kudat oleh ahli keluarganya.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button