Pemandu teksi didakwa seludup lima warga Myanmar

Pemandu teksi didakwa seludup lima warga Myanmar

Pemandu teksi didakwa seludup lima warga Myanmar
Mohd Aseri Musa, 60, didakwa menyeludup lima warga Myanmar. – Foto NSTP/Syaharim Abidin

ALOR SETAR: Seorang pemandu teksi warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup lima warga Myanmar di Changlun, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Mohd Aseri Musa, 60, dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengangkut pendatang Myanmar berusia antara lima hingga 37 tahun dengan menaiki kereta berhampiran Taman Hosba di Changlun, Kubang Pasu kira-kira jam 5 petang pada 29 September lalu.



Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM250,000 atau keduanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syaliati Mohd Sobri, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Samsul Nizam Solimi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib




Hakim tidak membenarkan tertuduh dijamin berikutan kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan menetapkan tarikh 8 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu kenyataan lima pendatang terbabit.

Tertuduh dihantar ke Penjara Alor Setar bagi menunggu tarikh perbicaraan semula.

Dalam kejadian terbabit, polis menahan seorang pemandu teksi warga tempatan yang menjadi ‘transporter’ untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke negara ini.

Lelaki itu dikatakan dibayar RM50 untuk setiap warga asing yang dibawa dan dihantar ke sebuah rumah transit di Kampung Cherok Mokkan, Changlun.



Dia ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Balai ICQS Bukit Kayu Hitam pada jam 5 petang, 29 September lalu.

Pemandu teksi didakwa seludup lima warga Myanmar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading