Pukul tepi jalan: Pekerja bengkel dipenjara, denda

Pukul tepi jalan: Pekerja bengkel dipenjara, denda

Pukul tepi jalan: Pekerja bengkel dipenjara, denda
Tertuduh, Mohd Faizul Nazri, 39, dipenjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Klang, hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki dalam kejadian di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, Ahad lalu. – Foto NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Seorang pekerja bengkel dipenjara dua bulan serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd Faizul Nazri, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Mohd Faizul diarah menjalani hukuman penjara berkenaan daripada tarikh dia ditangkap.



Dia turut diarah menjalani hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Siti Zubaidah dalam penghakimannya berharap tertuduh mengambil iktibar dengan kejadian itu selain mengingatkan tertuduh tidak mengikut perasaan serta menunjuk hebat di jalan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib




Mengikut pertuduhan, Mohd Faizul dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun yang patah dan retak tulang rahang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang menghala ke Klang pada jam 7.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Nicholas Cheoh memohon tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan minimum daripada tarikh ditangkap.



“Saya difahamkan isteri tertuduh sarat mengandung dan dia berhasrat berada di sisi isterinya bila melahirkan anak pertama mereka.

“Tertuduh juga menyesal dan memberi aku janji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah memberikan denda setimpal berikutan terdapat saksi tertuduh bertindak tanpa belas kasihan sehingga mencederakan mangsa.

“Mangsa dalam kes ni retak di bahagian rahang dan kes gangsterisme di jalan raya sering berlaku. Saya memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajarnn bukan saja pada tertuduh tetapi orang awam,” katanya.



Pukul tepi jalan: Pekerja bengkel dipenjara, denda



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button