Tukang kebun tak mengaku salah tetak abang dengan parang

Tukang kebun tak mengaku salah tetak abang dengan parang

Tukang kebun tak mengaku salah tetak abang dengan parang
Tukang kebun, Azmi M Taib, 53, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas abangnya dengan menggunakan parang, minggu lalu. NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah pada abangnya dengan menggunakan parang, minggu lalu.

Tertuduh, Azmi M Taib, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan itu dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, VM Mabel Sheela.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Sazali M Taib, 55, yang juga abang kandungnya dengan menggunakan sebilah parang panjang yang mana ia satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan dengan salah.



Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan sebuah rumah di Parit Buloh Cina, Parit Sikom, Kayu Ara Pasong dekat Pontian, kira-kira jam 4 petang, 29 September lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan serta dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib




Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir sebelum itu memaklumkan tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan perbuatan tertuduh adalah di bawah kesalahan tidak boleh dijamin.

Namun, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya ingin membenarkan jaminan dengan mencadangkan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 serta tiga syarat tambahan.

Peguam, Muhammad Faizzudin Abd Ra’fik, yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan menanggung isteri serta anak.

“Tertuduh turut mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit gout,” katanya.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada dan dilarang mengganggu mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 November depan.

Tukang kebun tak mengaku salah tetak abang dengan parang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading