Lokasi tumpuan warga asing di Seremban digempur

Lokasi tumpuan warga asing di Seremban digempur

Lokasi tumpuan warga asing di Seremban digempur
Jabatan Imigresen menggempur lokasi dibanjiri warga asing di Seremban. – Foto ihsan Jabatan Imigresen

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menggempur lokasi yang dibanjiri warga asing di Bandar Seremban, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata Ops Bersepadu dari 5 petang hingga jam 8 malam membabitkan 18 pegawainya bersama 150 pegawai dan anggota polis serta 16 daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

“Operasi dijalankan di sekitar bandar Seremban yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’. Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, 961 orang dari pelbagai warganegara diperiksa.



“Daripada jumlah yang diperiksa ini, 59 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan termasuk warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Nepal, Indonesia, India, China dan Uganda berusia 16 ke 48 tahun.

Antara kesalahan mereka termasuk tiada dokumen pengenalan diri, salah guna pas, tinggal lebih masa dan pemegang kad tidak diiktiraf.

“Majoriti warga asing yang diperiksa mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang berlaku sah,” katanya.



Lokasi tumpuan warga asing di Seremban digempur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading