Kereta api kargo China-Eropah bantu usaha perangi pandemik

06/01/2021 05:38 PM

BEIJING, 6 Jan — Pengangkutan kereta api kargo China-Eropah beroperasi dengan lancar sepanjang 2020, sekali gus menyumbang kepada kerjasama antarabangsa bagi memerangi pandemik COVID-19.

Menurut China State Railway Group, pada tahun lalu perkhidmatan keretapi kargo China-Eropah telah melakukan 12,400 perjalanan dengan membawa kontena sebanyak 1.135 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).



Dua angka itu masing-masing menyaksikan peningkatan pada kadar 50 dan 56 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api kargo berkenaan terus diperluas sehingga meliputi lebih 90 bandar di lebih 20 negara di benua Eropah.

Ia juga membantu menghantar 76 ribu tan barang keperluan membendung COVID-19 dari China ke negara-negara Eropah termasuk Itali, Jerman, Sepanyol, Rusia dan Belanda.

Selain itu, sistem pintu keluar masuk digital turut beroperasi bagi merancakkan perkongsian maklumat antara jabatan kereta api dan kastam di samping meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pelepasan kastam.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button