Sentuhan Messi kecewakan Bilbao

MADRID: Lionel Messi kembali mempamerkan ketajamannya dengan meledak dua gol ketika kemenangan 3-2 Barcelona ke atas Athletic Bilbao dalam saingan La Liga.

Barca ketinggalan selepas jaringan awal Inaki Williams di San Mames tetapi bangkit menerusi jentera serangan yang diterajui Messi.

Hantaran lintang Messi menjurus kepada gol penyamaan minit ke-14 menerusi Pedri dan kemudian bintang Argentina itu menyaksikan jaringannya dibatalkan VAR serta terkena tiang.

Bagaimanapun pemain berusia 33 tahun itu meledak dua gol pada minit ke-38 dan 62 untuk memastikan kemenangan Barca sebelum Bilbao merapatkan jurang menerusi Iker Muniain di akhir permainan.



Bilbao beraksi buat kali pertama di bawah pengendali baharu, Marcelino Garcia Toral yang membawa Valencia menjuarai Piala Raja Sepanyol dengan menewaskan Barca pada final musim lalu.

– AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button