Jepun isytihar darurat di Tokyo, tiga wilayah berdekatan

Yoshihide Suga

07/01/2021 06:41 PM

TOKYO, 7 Jan — Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan.

Leave a Reply