Polis tahan 2 lelaki cuba seludup minyak masak, gula

 

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan 2 lelaki cuba seludup minyak masak, gula

Cubaan dua lelaki menyeludup minyak masak bersubsidi dan gula putih ke negara jiran gagal selepas mereka ditahan polis di kawasan Kampung Batu Gajah di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 33 tahun itu ditahan pada jam 9 malam dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, mereka ditahan kereta kereta peronda polis (MPV) yang membuat rondaan mendapati sebuah kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta, menjumpai 30 kotak minyak masak dianggarkan 510 kilogram (kg) dan gula putih anggaran berat 720 kg disyaki cuba diseludup ke Thailand.

“Mereka cuba membawa masuk ke negara jiran berikutan kedua-dua barangan kawalan itu dijual harga tinggi iaitu gula antara RM4.70 hingga RM4.80 sekilogram, manakala minyak masak antara RM3.40 hingga RM3.50 sekilogram.

“Dua lelaki itu, kenderaan dan barang yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata, dua lelaki itu ditangkap mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan, manakala barang rampasan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading