Rondaan bersama Sungai Mekong kali ke-100 bakal dilancar

07/12/2020 04:33 PM

BEIJING, 7 Dis — Program rondaan bersama kali ke-100 di Sungai Mekong antara China, Laos, Myanmar dan Thailand akan dilancarkan pada 10 Disember.

Menurut sidang akhbar yang diadakan di Kunming, wilayah Yunnan pada Ahad, sebanyak 99 kali rondaan berjaya dijalankan bersama oleh keempat-empat negara sejak 2011.



Rondaan itu telah memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 2,000 buah kapal, menyelamatkan 536 orang dari 130 buah kapal pedagang yang diancam bahaya dan mengelakkan kerugian ekonomi sebanyak RMB188 juta (RM117.46 juta).

Tiada lagi kes penculikan kapal kargo di Sungai Mekong dilaporkan berlaku dan jumlah pengendalian kontena di pelabuhan meningkat dua kali ganda, manakala kedatangan pelancong meningkat 20 peratus secara purata setiap tahun.

Di samping itu China, Laos, Myanmar dan Thailand turut mempergiat kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan merapatkan kerjasama dalam pelbagai sektor.



Agensi penguatkuasa undang-undang di empat negara itu turut melakukan operasi membanteras sindiket jenayah, penyeludupaan dadah dan mengawal keselamatan di kawasan sempadan.

Rondaan bersama itu membantu memelihara keselamatan dan kesejahteraan di kawasan sepanjang Sungai Mekong selain menjadi contoh kerjasama penguatkuasaan undang-undang serantau.

Polis Perlis perketat rondaan Di jalan tikus sekat penyeludupan ketum



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button