Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’
Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’

Selepas hampir 17 tahun, Elly Mazlein, artis versatil Malaysia, tampil dan terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’.

Single terbaru ini adalah terbitan daripada muzik label berpengaruh tempatan, Rocketfuel Entertainment.

Saluran Khas Untuk Elly Mazlein

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’
via Astro

Para peminat dan pendengar muzik tempatan boleh mula mendengarkan lagu dan menyaksikan video muzik ‘SAYAP’ bermula 12 tengah malam, 25 Januari 2024, menerusi Elly Mazlein (Saluran 111), merupakan saluran sementara (pop-up) yang disajikan secara eksklusif kepada para pelanggan Astro.



Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri.

Malah ia turut mengetengahkan  elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia.

Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.

Mencipta Sejarah Baharu

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’
via Astro

Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis


Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro.



Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video.

Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.

Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir


Elly Berasa Teruja

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’
via Astro

Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini.Dan Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk dia mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat.

Elly juga berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!



Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik juga boleh ditonton  di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SAYAP’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button