Cukuplah Mempercayai “Proksi PH” didalam PPBM/PN

Peperangan politik dalam kepelbagaian cara akan meyerlahkan lagi  kepimpinan yang hebat dimata pengikutnya. Kepimpinan yang tahu apa mahu dilakukan ketika diserang atau diwaktu mana kan menyerang.

Itu diantara kaedah yang kita sedia maklum dilakukan oleh pihak DAP serta seangkatan dengan nya. Kaedah ini amat berkesan untuk kali pertamanya dan akan diolah oleh pengikut  bagi langkah seterusnya.

Pihak musuh telah mengkaji selama mungkin setiap sasaran yang mahu mereka musnahkan. Setiap sosio budaya, adap dan adat dan kecenderungan dalam satu-satu perkara yang kebiasaannya menjadi amalan.



Bagi sebuah bangsa bernama bangsa Melayu, kecenderungan “tunjuk pandai” dan mudah menerima pujian dan sumbangan telah menjadi garis panduan untuk pihak  tertentu menyelinap masuk kedalam prinsip perjuangan mereka.

Hal ini dapat dilihat apabila kekalahan  BN dalam PRU14 yang lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran.

Pelbagai hujahan dan pandangan yang “terlambat” disuarakan untuk menunjukkan mereka amat simpati dengan apa yang telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu.

Akan tetapi yang menjadi persoalannya ialah  setiap butiran  pandangan yang mereka utarakan itu telah pun disuarakan oleh akar umbi, blogger dan juga pemain media sebagai peringatan kepada mereka semasa mereka berkuasa.



Apa yang berlaku sebelum kekalahan, nilai pandangan akar umbi dilihat remeh dan tidak akademik bagi mereka yang sedang berkuasa. Pandangan akar umbi ditolak mentah-mentah oleh mereka. Fitnah yang tidak mereka tangani dengan baik sehingga kekecamukan politik dalaman berlaku.

Orang Melayu ini sanggup korbankan diri mereka untuk menegakkan kebenaran fitnah dan tuduhan semata-mata untuk menentang kerajaan dan rakan mereka sendiri sehinggakan keamanan dan keamanan yang mereka nikmati hancur musnah dengan sekelip mata sahaja.

Penyatuan Ummah telah berlaku diantara UMNO dan PAS, Penyatuan yang dinantikan oleh Umat Islam berbangsa melayu. Penyatuan ini telah banyak membuka mata pihak PPBM dan DAP yang mana mereka beranggapan bahawa ini adalah penyatuan yang bersifat rasis dan perkauman.

Sebenarnya, mereka sedar jika bangsa Melayu bersatu dan terus bersatu dalam satau kepimpinan , maka agenda yang dipegang oleh pihak PH sebelum ini akan menemui jalan buntu, Jadi apa yang harus dilakukan?



Sebagaimana dalam strategi perperangan, Bunuh dengan pisau pinjaman. Bermaksud  serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain (karena kekuatan yang minimum atau tidak ingin menggunakan kekuatan sendiri).

Jalan terbaiknya ialah memperdayakan sekutu untuk menyerang musuh atau sebagai seorang yang berpihak kepada penyerang, Langkah terbaiknya ialah sogok orang kepercayaan musuh dengan jawatan dan imbuhan  untuk menjadi penghianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan kumpulan mereka sendiri.

Sebenarnya ini yang telah berlaku didalam  Muafakat Nasional sekarang. PPBM telah menggunakan kaedah Sun Tzu untuk memecahkan kekuatan Muafat Nasional yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka sekali gus untuk mengubukan UMNO dalam politik negara.

Perkara ini tidak akan habis disini, banyak lagi ancaman yang akan mula keluar apabila pihak PPBM merasakan diri mereka terancam, helah dan alasan akan digunakan sebagai medium untuk mengekalkan kuasa.



Initipati kepada pembinaan persepsi buruk dengan cara menabur fitnah seperti “UMNO gila kuasa” “ berlapang dada” hanya untuk satu tujuan, iaitu menggagalkan perjuangan dan penyatuan Muafakat Nasional dan menguburkan UMNO sebagaimana ikrar PH yang diketuai oleh Mahathir.

Jangan kita lupa pada masa yang sama untuk  mereka meneruskan hegemoni kuasa politik proksi PH yang diuruskan oleh PPBM dalam Perikatan Nasional agar mereka kekal di tampok kuasa .

Inilah agenda politik PH dan PPBM selama ini. Segala dasarnya, baik dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan yang dilakukan oleh UMNO BN  juga dimanipulasi menjadikan mereka seakan ditindas dengan amalan politik yang diamalkan oleh UMNO BN. Agenda hodoh ini didedahkan kepada rakyat secara berterusan dan besar-besaran.

Masalah rasuah, dapat dilihat bagaimana dana peruntukan untuk golongan rakyat miskin dipotong dihapuskan dan hilang entah kemana, Penjualan asset Negara, hutang luar negara. Semua yang mereka lakukan dituding semula kepada UMNO BN sedangkan mereka bebas merompak hasil negara.



Namun demikian, yang jelas hari ini politik perkauman nampaknya sudah tidak lagi popular di kalangan rakyat Malaysia. Buktinya dapat dilihat apabla dengan segala tipu helah, segala tohmahan dan segala manipulasi media massa dalam kempen DAP PH sebelum PRU 14 yang lalu telah menyebabkan rakyat menderita.

Sekarang rakyat sudah sedar dan ia gagal menipu semua rakyat. Kini rakyat mula sedar setelah melihat kerakusan PPBM, PKR dan DAP ketika menguasai kerajaan. Secara perlahan-lahan rakyat mula meletakkan Barisan Nasional  di hati rakyat Malaysia.

Sekarang bangsa Melayu mula sedar bahawa  menyokong dan mengundi adalah rakyat Malaysia, sudah tentu termasuk juga sokongan dari kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu. Bangsa Melayu sudah melakarkan sejarah  menukar  sebuah kerajaan dan sedang menerima impak dari tindakan mereka.

Apa yang seharusnya dilakukan oleh bangsa Melayu, Lihat semula kejadian, menyesali segala kesilapan dan bina semula sebuah kerajaan yang  memperkasakan rakyat dan bukan mendewakan pemimpin serta menjual hal rakyat.



Kita mesti sedar bahawa Melayu merupakan kaum yang terbukti dari segi sejarah telah menjadi bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa lain didunia ini. Tamadun Johor Lama, Pembukaan kota Singapura dan Empayar Melaka telah membuktikan bahawa kaum Melayu bijak, boleh berdikari dan bersaing bebas dengan kaum dari empayar besar yang lain.

Justeru itu, PRU15 menjadi medan kepada bangsa Melayu untuk bertindak lebih matang dan bukan bersifat emosional dalam memilih sebuah kerajaan. Cukuplah sekali kita menunjukkan keegoan sehingga tergadainya sebuah Negara ketangan bangsa kiasu yang berproksikan darah Karala.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button