Filipina lulus vaksin Pfizer-Biontech untuk kegunaan kecemasan

14/01/2021 03:36 PM

MANILA, 14 Jan — Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Filipina (FDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Pfizer Inc dan BioNTech SE, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Ketua FDA Enrique Domingo pada Khamis.

“Berdasarkan jumlah bukti yang ada setakat ini hingga kini, termasuk data percubaan yang cukup dan jelas, wajar untuk meyakini vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 mungkin berkesan bagi mencegah, mendiagnosis, atau merawat COVID-19,” kata Domingo dalam satu taklimat maya.

Beliau menambah “manfaat yang diketahui dan berpotensi daripada vaksin Pfizer ketika digunakan untuk mendiagnosis, mencegah, mengubati COVID-19 setakat ini melebihi risiko yang mungkin ada.”

Domingo berkata kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk vaksin Pfizer-BioNTech “berkuat kuasa serta-merta.”

Pfizer memohon EUA pada 23 Disember tahun lalu.

Sementara itu, Domingo mengatakan Sinovac Biotech China turut memohon EUA pada Rabu. “Pra-penilaian” penggunaannya sedang berlangsung, tambahnya.

Selain Sinovac, FDA belum meluluskan permohonan vaksin COVID-19 dan penggunaan EUA oleh AstraZeneca dan Gamaleya Rusia.

Leave a Reply