MDT sasar kutipan cukai taksiran RM6.9 juta untuk 2021

16/01/2021 01:00 AM

TAMPIN, 15 Jan — Majlis Daerah Tampin (MDT) mensasarkan hasil kutipan cukai taksiran berjumlah RM6.9 juta menjelang hujung tahun ini.

Yang Dipertua MDT Suhaiza Sharudin berkata ia berikutan kejayaan majlis daerah berkenaan melepasi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri dengan merekodkan sejumlah RM6.5 juta kutipan cukai taksiran tahun lepas.



“Kutipan cukai taksiran pada tahun 2020 adalah sebanyak RM6.5 juta, berbanding RM6.4 juta, pada 2019, peningkatan sebanyak 1.6 peratus. Ini satu peningkatan yang amat memberangsangkan untuk MDT.

“Bagi jumlah tunggakan cukai taksiran pula, ia mencatatkan sebanyak RM3.1 juta tahun lepas (2020) berbanding RM3.2 juta pada 2019,” katanya kepada Bernama selepas majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDT yang baharu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah S. Veerapan.

Suhaiza berkata pihaknya akan kerap turun padang bertemu dan mendidik penduduk di Tampin mengenai tanggungjawab mereka dalam melunaskan pembayaran cukai taksiran, ia bagi membantu MDT mencapai sasaran tersebut.



“MDT ada pasukan khas yang akan pergi rumah ke rumah, mengenal pasti mereka yang mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi dan membenarkan mereka membayar secara ansuran mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Pada majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDT itu seramai 23 individu mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Tampin yang baharu.

Prestasi FDI Negara Hancur – Semua Salah PPBM dan DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button