‘Cytro Tersohor’ Akan Bertanding Jawatan Ketua Bahagian Umno Putrajaya?

Hebahkan !!!

Ketua Bahagian Umno Putrajaya Bakal Bertukar?

Tengku Adnan

Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua Bahagian Umno Putrajaya Tengku Dato Adnan Mansor dijangkakan tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya pada PRU15.

Selaras dengan keputusan UMNO, pemilihan 2021 akan diteruskan bagi memilih jawatan tertinggi dari cawangan, bahagian, MKT hinggalah pusat memandangkan tempoh penggal telah mencukupi. Oleh demikian pemilihan jawatan tetap diadakan Umno mengikut Perlembagaan Parti yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun kedudukannya selaku Ketua Bahagian Umno Putrajaya masih kekal namun sudah ada desas desus jawatan tersebut akan di cabar. Seorang ‘cytro tersohor’ dikatakan akan bertanding merebut jawatan itu dari Ku Nan sebaik sahaja pencalonan dibuka.

Who's That

Menurut ‘sumber’, cytro berkenaan mempunyai kedudukan yang agak baik dengan aset berupa kediaman dan kenderaan serba mewah di Putrajaya serta mempunyai perniagaan sendiri selain berjawatan agak tinggi. Beliau juga percaya kemampuan menewaskan bekas ketuanya boleh dijadikan ‘track record’ untuk dinilaikan perwakilan kelak.

Ku Nan yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya sejak digazetkan sebagai kawasan parlimen dipercayai akan mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian Umno Putrajaya walau dicabar. Kerja-kerja yang dilakukan beliau sepanjang menjadi KUB Putrajaya merupakan rekod yang agak sukar ditandingi pencabar walaupun bergelar ‘cytro tersohor’.

Mengamalkan demokrasi, Umno tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding merebut jawatan kecuali mereka yang didapati melanggar perlembagaan parti serta tidak beretika sepanjang tempoh pemilihan.

Sudah pasti sebagai orang lama, Ku Nan akan mengalu-alukan sekiranya ada individu yang mahu mencabar jawatan tertinggi Umno Putrajaya sekaligus memberi bayangan siapa akan dicalonkan pada PRU15 bagi mengekalkan penguasaan kerusi BN.

Mungkin cytro tersohor ada rangka strategi tersendiri dalam kempen pemilihan kelak dan mampu menewaskan Ku Nan selaku penyandang jawatan itu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: