WHO, China sepakat teruskan agenda kerja COVID-19

01/02/2021 02:11 PM

BEIJING, 1 Feb — Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China menegaskan negara ini akan mengekalkan sikap terbuka, telus dan bertanggungjawab untuk meneruskan kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jurucakapnya, Mi Feng dalam satu sidang media pada Ahad berkata, China juga akan berganding bahu bagi kerja-kerja penyelidikan saintifik asal usul COVID-19 bersama-sama pakar WHO dengan lebih menyeluruh.

Terdahulu, sekumpulan pakar WHO yang selesai menjalani proses kuarantin pada 28 Januari mengikut peraturan kawalan dan pencegahan wabak tempatan, turut melawat Hospital Jinyintan, Wuhan selepas mengunjungi Hospital Perubatan Tradisional Cina dan Barat untuk berinteraksi dengan anggota perubatan serta pesakit COVID-19 peringkat awal.



Selain itu, delegasi tersebut turut meluangkan masa melawat pameran usaha melawan wabak COVID-19 bertemakan β€œrakyat dan nyawa diutamakan”.

Mi berkata kedua-dua pihak mencapai kesepakatan berhubung agenda kerja selanjutnya dan akan melawat ke institut pencegahan penyakit dan pengajian sains serta pasaran perdagangan bagi menjalankan penyelidikan yang berkaitan.

Jelasnya, China pula akan terus mengekalkan sikap terbuka, telus dan bertanggungjawab untuk mengadakan kerjasama dengan WHO bagi mencegah risiko masa depan serta memberi sumbangan dalam melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pelbagai negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker