Helikopter 911 terhempas di Afrika Selatan ragut 5 nyawa

Hebahkan !!!

22/01/2021 12:01 PM

JOHANNESBURG, 22 Jan — Sebuah helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis, meragut lima nyawa, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Kami sangat sedih dan bersimpati dengan keluarga dan rakan mangsa. Helikopter itu membawa seorang juruterbang dan empat pegawai kesihatan,” kata Pengarah Urusan Netcare Craig Grindell.

Menurut Netcare, helikopter itu terhempas ketika dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di KZN.

Maklumat terperinci berhubung nahas masih belum dapat dipastikan.

Saksi kejadian berkata helikopter itu meletup sebelum terhempas. Rakaman video helikopter itu terbakar turut disiarkan di Twitter.

Leave a Reply

%d bloggers like this: