Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais

23/01/2021 04:51 PM

BEIJING, 23 Jan — Penghasilan ais berdasarkan penggunaan teknologi mesra alam tercanggih di dunia dilancar di Gimnasium Luncur Ais Negara, dikenali ‘Reben Ais’ (Ice Ribbon)

Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.



‘Reben Ais’ menjadi simbolik kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan satu-satunya gimnasium yang baharu dibina untuk acara perlumbaan ais.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengundang seorang pakar terkenal membuat ais bagi mengetuai satu kumpulan terdiri juruteknik dari dalam dan luar negeri untuk memastikan kualiti ais mencapai piawaian sukan olimpik.

Menurut perancangan tiga lorong perlumbaan luncur ais yang masing-masing sepanjang 400 meter, satu lorong latihan, sebuah zon ais pelbagai fungsi dengan 60 meter panjang dan 30 meter lebar, sebuah zon ais pelbagai fungsi d61 meter panjang dan 31 meter lebar serta sebuah zon ais yang bergerak akan dibina di gimnasium tersebut.

Selain itu, ‘Reben Ais’ merupakan gimnasium luncur ais sukan olimpik musim sejuk yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi membuat ais berdasarkan teknologi “cross-critical karbon dioksida”, yang dianggap teknologi paling mesra alam di dunia pada masa ini.



Pelepasan karbonnya hampir sifar, manakala keberkesanannya dalam menghasilkan ais sangat tinggi.

Pengorbanan yang mahal untuk saksikan peluncur ais muda beraksi di Olimpik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button