Azmin Bidas Anwar Ibarat “Tepuk Air Dalam Dulang”

Azmin Kaitkan Anwar Dengan Perlakuan Seks Songsang, Siapa Lelaki Bersama Haziq?

Azmin Ali

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyatakan amalan seksual Anwar Ibrahim merupakan antara faktor hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR.

Azmin menyatakan demikian membela diri daripada saman yang difailkan oleh pengundi Parlimen Gombak terhadapnya.



Azmin Ali

Mantan Menteri Ekonomi Pakatan Harapan turut menuding kegagalan PH menunaikan manifesto PRU14 sebagai polisi kolektif dan bukan merupakan pilihan individu.

Menarik sekali apabila Azmin ‘menyerang’ Anwar dengan dakwaan amalan seks, beliau mungkin terlupa bahawa dirinya pernah dikaitkan dengan seorang individu bernama Haziq Aziz. Haziq menggemparkan negara apabila menaikmuat video pengakuan perlakuan seks songsang itu benar dan pasangannya ialah Azmin Ali. Sehingga hari ini video pengakuan Haziq berkaitan perlakuan tersebut masih boleh diakses.



Anwar yang didakwa Mahathir dengan perlakuan seks luar tabie pada 1998 menyaksikan beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ketika itu. Berbeza dengan Azmin di zaman Tun Mahathir menjadi PM buat kali kedua, tiada tindakan diambil keatasnya dan pihak berkuasa yang menyiasat telah menyatakan individu yang terbabit tidak dapat dikenalpasti kerana kabur.

Azmin yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ekoran krisis perebutan kuasa dalam PH serta ‘Langkah Sheraton’ ternyata bertindak bijak dengan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PPBM serta membawa sokongan daripada Ahli Parlimen PKR yang lain. Kini beliau merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional dan mendapat kedudukan istimewa dalam PPBM tanpa perlu melalui proses pemilihan parti.

Azmin Ali

Ibarat “menepuk air didalam dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri” disebalik jawapan mengenai Anwar, Azmin kini berada dalam dilemma memilih kawasan Parlimen mana yang akan beliau tandingi selepas pengundi Gombak enggan lagi memberi sokongan kepadanya.



“ALLAH MAKBULKAN DOA SAYA & MAMA” – HAZIQ BERSYUKUR DAPAT PELUANG KEDUA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button