BioNTech rancang hasilkan dua bilion dos vaksin COVID-19 pada 2021

02/02/2021 01:04 PM

MOSCOW, 2 Feb — Syarikat Jerman BioNTech merancang untuk menghasilkan dua bilion dos vaksin COVID-19 pada 2021 berikutan permintaan global yang meningkat, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Bagi memenuhi permintaan global yang meningkat, syarikat merancang untuk menghasilkan dua bilion dos vaksin COVID-19 kami pada 2021 dengan meningkatkan pengeluaran lebih 50 peratus berbanding anggaran 1.3 bilion dos sebelum ini.

“Kami berupaya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran,” kata BioNTech dalam satu kenyataan.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker