Israel luluskan pelan pembelian besar-besaran peralatan ketenteraan dari AS

08/02/2021 02:54 PM

BAITULMAQDIS, 8 Feb — Israel meluluskan pelan berbilion dolar AS untuk menguatkan tentera udaranya dengan pesawat perang dan peralatan tentera canggih, lapor Agensi Anadolu.

Siaran milik kerajaan KAN TV melaporkan setelah tiga tahun tertangguh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet yang berlangsung selama tujuh jam, dihadiri Menteri Pertahanan Benny Gantz.



Perjanjian bernilai US$9 bilion itu merangkumi pembelian helikopter Chinook, pesawat perang F-35 dan F-16, bom, senjata canggih dan kapal tangki pengisian minyak di udara, katanya.

Kementerian Kewangan menentang perjanjian itu kerana Tel Aviv perlu membuat pinjaman dari bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai rancangan tersebut dan ini bermaksud pengurangan bantuan tahunan dari Washington.

AS, penyokong ketenteraan terbesar Israel, mengumumkan pada 2018 akan memberikan bantuan sebanyak US$38 bilion dalam tempoh 10 tahun kepada Tel Aviv.

Terlibat aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan, AS senarai hitam 24 syarikat China



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button