Kereta Harga Juta Bonggol Tak Lepas

Harga Berjuta, Bonggol Tak Lepas – Sharifah Shahirah

Selebriti dan juga penyampai radio popular, Sharifah Shahirah membebel selepas pulang dari membeli belacan menaiki Lotus 311.

Dalam perkongsian di Instagram miliknya kedengaran Sharifah atau dikenali sebagai Rara di SuriaFM mengomel mengenai kenderaan mewah tersebut.



[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210219-WA0010.mp4[/KGVID]

“kereta je mahal..poin poin juta…bamper pun tak lepas”

Dalam perkongsian sebelum ini Rara menaikmuat video beliau dengan selamba mengenakan selipar jepun, berhelmet merah jambu keluar memandu Lotus 311 untuk membeli belacan.

Dalam perkongsian video, pemilik sebenar kenderaan turut berada di lokasi.



Nampaknya Rara beruntung sebab pandai membawa kenderaan mewah yang masih menggunakan gear manual.

Deejay yang popular dalam rancangan ‘Suria Petang’ berganding dengan Tyzo dan Suraya Borhan sememangnya pandai membuat jenaka bagi menarik perhatian netizen.

Menantu Maria Arshad ini juga tidak lari dari loghat Pahang apabila bercakap di konti radio. Beliau juga terlibat dalam kerja kebajikan untuk mangsa banjir di Pahang awal tahun ini.



Semoga Rara terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburinya. Siapa tahu beliau akan tercalon sebagai Deejay Popular tahun 2021.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button