Tun Faisal Berdepan Pemecatan Umno?

Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya Berdepan Pemecatan Keahlian Umno?

Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Tun Faisal telah diberikan surat tunjuk sebab dan diarahkan hadir ke Tribunal  Lembaga Disiplin Umno.

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/tun-faisal-diberi-surat-tunjuk-sebab-menentang-presiden-umno/



Difahamkan beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah diarahkan berbuat demikian pada 25 Februari 2021.

Sebelum ini beliau juga menulis serta membuat kenyataan Presiden Umno hilang kredibiliti apabila Tan Sri Annuar Musa mendedahkan surat sokongan Umno kepada Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun Tan Sri Annuar Musa tidak memberi salinan surat yang beliau dakwa wujud kepada wartawan yang menghadiri sidang media ketika itu.



Tun Faisal juga seringkali menulis dan mendakwa kewujudan ‘Jajaran Baru’ kerjasama politik sedangkan Umno melalui SUK Umno telah menafikan dakwaan tersebut.

Jika Lokman Adam boleh dikenakan tindakan pecat kerana melanggar Perlembagaan Umno, maka Tun Faisal juga boleh dikenakan tindakan sama kerana jelas Tun Faisal telah melanggar Perlembagaan Parti.



Malam ini difahamkan Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat namun tidak diketahui samada isu Tun Faisal akan dibincangkan atau tidak.

SUA Menteri Jadi ‘Khadam’ Konspirator Rosakkan Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button