2 warga emas maut nahas kenderaan pacuan empat roda, lori
2 warga emas maut nahas kenderaan pacuan empat roda, lori

SLIM RIVER: Dua lelaki warga emas maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 365.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, hari ini.
Dalam nahas jam 5.45 pagi tadi, pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero itu, Lau Hock Hing, 83, dan penumpang, Pang Ah Kau, 76, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori membawa muatan bahan besi yang berumur 31 tahun pula selamat.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihak polis menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 6.41 pagi.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu lori terbabit berhenti di lorong kecemasan sebelah kiri jalan dipercayai untuk berehat.
“Punca kejadian dipercayai kenderaan pacuan empat roda itu hilang kawalan lalu melanggar belakang lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Akibat perlanggaran itu, Mohd Hasni berkata, kenderaan pacuan empat roda berkenaan terbakar di bahagian depan.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2 warga emas maut nahas kenderaan pacuan empat roda, lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :