Kubur dipagari buluh runcing elak mayat dibongkar harimau

Kubur dipagari buluh runcing elak mayat dibongkar harimau

Kubur dipagari buluh runcing elak mayat dibongkar harimau
Kawasan sekeliling kubur mangsa serangan harimau dipasang buluh runcing bagi menghalang dibongkar haiwan liar itu.

GUA MUSANG: Jenazah pemuda Orang Asli yang menjadi mangsa serangan harimau di Kampung Perwer, Pos Pasik di sini, selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari ini.

Mangsa, Pisie Amud, 25, meninggalkan seorang isteri dan dua anak itu ditemui maut dibaham harimau kelmarin dikebumikan secara Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman, berkata urusan pengebumian turut dihadiri penduduk kampung yang memberi penghormatan terakhir.



“Jenazah dikebumikan mengikut Islam dan cara pengebumian agak berbeza sedikit berbanding kematian biasa.

Mohd Sani berkata, penduduk masih hidup dalam ketakutan kerana haiwan liar itu dipercayai masih berkeliaran di kawasan terbabit.

Katanya, dia berharap harimau belang dewasa yang dianggarkan mempunyai ketinggian separas pinggang itu dapat ditangkap dengan segera.

“Saya harap kejadian ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain dan berharap binatang buas ini dapat ditangkap dengan segera.



“Penduduk kini ketakutan untuk keluar mencari rezeki di dalam hutan dan berkerja di kawasan ladang kelapa sawit.

“Sebagai wakil penduduk kampung saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pengurusan mangsa ini,” katanya.

Semalam media melaporkan seorang pemuda Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Sugi, Pos Pasik maut dipercayai dibaham harimau ketika keluar menyumpit, Selasa lalu.

Mayat Pisie ditemukan penduduk kampung kelmarin dengan cakaran haiwan liar itu di kepala dan badan selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.



Malah usaha mengeluarkan mayat Pisie mengalami kesukaran apabila diseret sejauh 300 meter dari tempat dia di serang yang terletak di kawasan cerun.

Kubur dipagari buluh runcing elak mayat dibongkar harimau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button