Suspek disyaki pengasas Sugarbook di dakwa esok

Hebahkan !!!

SHAH ALAM: Suspek yang disyaki pengasas aplikasi Sugarbook akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat.

Beliau berkata suspek yang direman tujuh hari sebelum ini akan menghadapi dengan pertuduhan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam, pukul 9 pagi esok.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” kata Fadzil dalam kenyataan ringkas.

Lelaki berusia 34 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 18 Februari lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan aplikasi itu bagi mencari ‘sugar daddy’.

Sebelum ini, usahawan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372 (1) (d) / 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan 17 Februari lalu di ibu negara.

Pada awalnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan reman oleh polis bagi membantu siasatan atas dakwaan laman itu digunakan untuk mencari perempuan simpanan.

Bagaimanapun, polis memohon semakan kehakiman terhadap keputusan itu, dan memperolehi perintah reman tujuh hari terhadap suspek berkenaan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: