Ayob Khan Hampir Capai Visi Di Johor

95 % VISI, MISI SAYA TERCAPAI – AYOB KHAN



Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hampir 95 peratus daripada visi dan misinya sudah tercapai sejak menjadi Ketua Polis Johor pada 24 Februari 2020.

Ayob Khan, 55, yang genap setahun memegang jawatan tersebut semalam berkata, pencapaian dan kejayaan itu adalah dokongan serta sokongan padu anggota dan pegawai di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui masih ada ruang yang boleh diperbaiki meskipun hampir semua misi dan visinya tercapai sejak menerajui IPK Johor.



“Kita tidak sempurna, kita akan memperkemas dan mempertingkatkan servis kita kepada masyarakat kerana mereka merupakan pelanggan kita.”

“Kalau kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik, maka positiflah maklum balas mereka,” katanya selepas Majlis Penyerahan 34 Buah Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) Kontinjen Johor di Padang Kawad Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Sejak memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor, banyak pembaharuan dilakukan Ayob Khan termasuk penekanan
berkaitan isu integriti dan rasuah dalam kalangan anggotanya.

Disebabkan ketegasan beliau dalam menegakkan undang-undang, Ayob Khan pernah menerima beberapa ugutan bunuh, namun menganggap ancaman itu sebagai asam garam yang perlu ditempuhinya.

Beliau akan membaiki isu penyeliaan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai-balai polis selain masalah penglibatan anggota serta pegawai polis dalam dadah.

“Itu saya anggap serius, mungkin pendekatan lebih menyeluruh (tangani) isu pembabitan anggota dan pegawai polis dalam dadah (selepas ini),” katanya.

Walaupun setakat ini respons yang diterima daripada orang awam adalah positif, beliau berkata, pihaknya akan menerima semua input yang diberikan selain terbuka dengan teguran serta kritikan.



Pasal Johor

Ugut, ancam bunuh Ayob Khan hanya kerana lepaskan geram – KPN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button