MINTA WANITA BERHENTI DM – ZARINA ANJOULIE SAHKAN DIA & ILYAS SUDAH RUJUK

“Wahai pompuan2 yg dok dm2 yas aku rasa skrang korang dah boleh la stop dm2 laki aku ye.. tak marah pesan je… aku n yas dah rujuk ok bye… FM jgn kau sedih lak aku dah rujuk balik,” demikian kata pelakon Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram miliknya yang mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar.

Selepas memuat naik gambar menerima jambangan bunga serta kaspyen yang penuh dengan emoji ‘love’, akhirnya Zarina mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.

Menerusi entri tersebut, Zarina turut meminta para wanita berhenti menghantar mesej kepada suaminya. Sementara itu, menerusi Insta Story, Zarina turut memuat naik video memaparkan suaminya sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.

Bagaimanapun, kenyataan mengenai rujuk semula sudah pun dipadam Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul selepas beberapa minit dimuat naik ke Instagram.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Zarina ketika ditanya berhubung perkara ini memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik. Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.



Image_3.jpg

“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

BARU 6 BULAN KAHWIN – ZARINA ANJOULIE SAHKAN SUDAH BERCERAI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker