TAHNIAH – AMEER FORTEEN SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI

Penyanyi Ameer Forteen menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar telah selamat melahirkan anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki sekitar jam 7.52 pagi tadi.

Dalam entri tersebut, Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar turut memuat naik gambarnya bersama isteri serta bayi lelaki mereka.

“Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Putera kedua kami selamat dilahirkan pada hari Selasa, 2 Mac 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal dengan berat 3.77 kilogram (kg),” tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Ameer bagaimanapun belum menyatakan sebarang nama yang dipilih dan hanya meletakkan hashtag, #BabyN untuk anak keduanya itu. Dalam masa sama, Ameer juga memohon doa daripada pengikutnya di Instagram buat isteri dan bayinya.

“Doakan semoga ibu dan bayi sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan. Terima kasih atas titipan doa dari kalian. Semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian juga. Insya-Allah,” tuturnya.

Untuk makluman, Ameer dan Nurnaja’a mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Noah Eusoff pada 14 Mac tahun lalu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

ZAHIRAH & AIMAN SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, ‘BABY BOY’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker