City kutuk serangan ke atas bas pasukan Liverpool

Manchester: Manchester City mengutuk serangan ke atas bas pasukan Liverpool ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan kedua-dua pasukan semalam.

Polis Greater Manchester mengesahkan mereka membuka siasatan berhubung insiden yang berlaku selepas City menang 4-1 di Stadium Etihad.

Tiada kecederaan dilaporkan dan bas Liverpool dapat meneruskan perjalanan pulang ke Merseyside.



“Manchester City FC dimaklumkan bahawa bas Liverpool FC mengalami kerosakan semasa perjalanan pulang,” kata City dalam satu kenyataan.

“Kami difahamkan ada objek dibaling ke arah bas ketika melalui kawasan perumahan.

“Insiden seperti ini tidak boleh diterima sama sekali, dan kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang bertanggungjawab.”

City juga berkata mereka kecewa dengan sokongan penyokong tuan rumah yang merujuk kepada bencana Hillsborough pada 1989, yang menyebabkan kematian 97 orang penyokong Liverpool.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading