Lelaki meninggal dunia kereta dirempuh

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki meninggal dunia kereta dirempuh
Keadaan kereta mangsa yang dirempuh oleh Perodua Bezza di Jalan Tun Jugah, Kuching pada awal pagi tadi.

 Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Tun Jugah, berhadapan Premier 101 di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.38 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.



Katanya setiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa berusia 37 tahun dengan Perodua Bezza yang dinaiki seorang lelaki dan wanita.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dan diserahkan kepada paramedik sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pemandu dan penumpang Perodua Bezza terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading