Suara Raja Ilya Sedap Gila Sampai Adira Pun Puji!

Tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi, siapa sangka selain berlakon Raja Ilya sebenarnya boleh menyanyi. Menerusi perkongsian video di Instagram, Raja Ilya mengimbau kembali kenangan ketika mempersembahkan single pertama di majlis resepsi.
Menurutnya, dia tidak mempunyai versi penuh video tersebut namun meneka peminat-peminat pasti menyukainya. Walau bagaimanapun, dia tetap berharap ada rakaman penuh lagu itu meskipun sudah lebih setahun berlalu.
Video berdurasi 1 minit dan 13 saat ini memaparkan Raja Ilya dalam gaun pengantin mendendangkan lagu dalam bahasa Inggeris sambil memegang tangan suami. Lebih romantik lagi apabila dia tidak lepas pandangan daripada menatap wajah suami tercinta. Sweet!
Di ruangan komen, peminat-peminat memuji kemerduan suara pelakon ini. Mereka tidak sangka rupa-rupanya Raja Ilya mempunyai bakat terpendam.

DIKECAM BUAT PERBANDINGAN PERKAHWINAN MALAYSIA & AUSTRALIA – RAJA ILYA TAMPIL JELASKAN

DIKECAM BUAT PERBANDINGAN PERKAHWINAN MALAYSIA & AUSTRALIA – RAJA ILYA TAMPIL JELASKAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button