Kren runtuh: Siasatan dapati 3 pekerja warga China maut

PETALING JAYA: Siasatan awal kejadian kren runtuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) awal pagi tadi mendapati tiga pekerja warga China meninggal dunia.

Seorang pengguna jalan raya juga cedera dalam kejadian itu, kata pemaju Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd dalam kenyataan.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Laluan trafik di tempat kejadian bagi kedua-dua hala telah ditutup pasukan respons kecemasan SUKE dan bomba, dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Mencuit Hati Dan Sayu, Gerai Nasi Lemak Berhenti Kerja Ini Curi Perhatian

Leave a Reply