SEKITAR MAJLIS AQIQAH, MAULID & TAHNIK ANAK KEDUA SITI NURHALIZA

SEKITAR MAJLIS AQIQAH, MAULID & TAHNIK ANAK KEDUA SITI NURHALIZA “Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ddaniyaldbiyajid @uaioriginal @ustaziqbalzain.

“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.

“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” demikian kapsyen pada gambar-gambar serta video sekitar majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung seminggu selepas kelahiran dengan diadakan secara sederhana tetapi meriah di kediamannya itu semalam.

 

Image_2.jpg

SITI NURHALIZA berkongsi momen indah majlis anak lelakinya, Muhammad Afwa Khalid menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan itu semoga membesar sebagai anak soleh. Malah, tidak kurang yang turut memuji penampilan penyanyi lagu ‘Anta Permana’ itu yang serba ringkas dan kekal menawan meski masih dalam tempoh pantang.

Image_3.jpg

“Relax je tokti. Baju pun xsedondon beria2.. cantik dan simple” – “Cantiknya tokti.. idol saya sejak dari mula dia jadi penyanyi.. seorg Artis yg sopan dan very humble.. semoga Allah selalu berikan rezeki utk dato siti. AMINN” – “Comel sungguh TokTi,” antara-antara komen peminat SITI NURHALIZA.

Siti selamat melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa pada 19 April lalu menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor. Untuk makluman, Siti dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah berkahwin pada 21 Ogos 2006. Cahaya mata pertama pasangan ini bernama Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dimana ia juga menerusi proses IVF.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

Image_23.jpg

Image_24.jpg

Image_25.jpg

Image_26.jpg

Image_27.jpg

Image_28.jpg

Image_29.jpg

Image_30.jpg

Image_31.jpg

Image_32.jpg

Image_33.jpg

Image_34.jpg

Image_35.jpg

Image_36.jpg

Image_37.jpg

Image_38.jpg

Image_39.jpg

Image_40.jpg

Image_41.jpg

Image_42.jpg

Image_43.jpg

Image_44.jpg

Image_45.jpg

Image_46.jpg

Image_47.jpg

Image_48.jpg

Image_49.jpg

Image_50.jpg

Image_51.jpg

Image_52.jpg

Image_53.jpg

Image_54.jpg

Image_55.jpg

Image_56.jpg

Image_57.jpg

Image_58.jpg

Image_59.jpg

Image_60.jpg

Image_61.jpg

Image_62.jpg

Image_63.jpg

Image_64.jpg

Image_65.jpg

Image_66.jpg

Image_67.jpg

Image_68.jpg

Image_69.jpg

Image_70.jpg

Image_71.jpg

Image_72.jpg

Image_73.jpg

Image_74.jpg

Image_75.jpg

Image_76.jpg

Image_77.jpg

Image_78.jpg

Image_79.jpg

Image_80.jpg

Image_81.jpg

Image_82.jpg

 

MAJLIS TAHNIK & CUKUR JAMBUL CUCU PERTAMA SELESAI – NORA LUAH SYUKUR

Leave a Reply