Sambut PKP 3.0, Netizen Lancar Perang Laksa Di FB

Perang Laksa Di Facebook
Ilustrasi Perang Laksa Di Facebook

Akibat tertekan dengan PKP 3.0, netizen Malaysia melancarkan ‘Perang Laksa’ di facebook mereka.

Fenomena ‘Perang Laksa’ di facebook netIzen dipercayai bermula dengan satu komen mengenai perbezaan penyediaan ramuan laksa di sebuah negeri selatan tanahair.

Komen tersebut seolah memperlekehkan penggunaan ikan kembung dan ikan selayang dalam penyediaan bahan membuat laksa.

Perang Laksa Di Facebook
Permulaan ‘Perang Laksa’ Di Facebook

Komen netizen yang agak keterlaluan tersebut mendapat reaksi spontan dari pelayar facebook yang ‘berang’ dengan cara lekehan komen.

Bermula dari situ, Perang Laksa telah tercetus dan merebak begitu cepat hingga menenggelamkan cerita lain di facebook.

Perang Laksa Di Facebook
Reaksi Netizen Mengenai ‘Perang Laksa’

Agak melucukan apabila pelayar facebook dari Utara dan Pantai Timur memberi reaksi balas mengenai Laksa.

Segala macam resepi membuat laksa mula dikongsikan netizen bagi menangkis kononnya ikan kembung & selayang hanya digunakan orang Utara dan Pantai Timur didalam laksa.

Anda ada resepi laksa? Kongsikan resepi anda di dalam ruangan komen dibawah.

PERANG ANTARA PH vs Ex-PH BERMULA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *