Resepi Ayam Paprik ‘Original’ Thailand

Resepi Paprik Ayam Original Thailand
Paprik Ayam Original Thailand

 

Resepi Ayam Masak Paprik Ori berasal dari negara Thailand. Anda boleh cuba memasak untuk hidangan keluarga.

Bahan penting dalam masakan ini ialah sos ikan, sos tiram dan daun limau purut.

Inilah tips yang paling penting yang dapat dari tukang masak Thai.

Tanpa ketiga-tiga bahan wajib ini masakan ini takkan merasa “kick”nya.

Pedas, masam dan aroma lazat dari limau purut.

Inilah sebab mengapa Paprik Ayam ini adalah masakkan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama.

Bahan untuk penyediaan Paprik Ayam Original Thailand

  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • halia (hiris nipis)
  •  kicap manis
  •  sos cili
  • pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sedikit sos ikan (optional)
  • sayur (bunga kubis,kacang panjang dan capsicum hijau)

Cara-cara –

– Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.

– Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit atas api yang besar.

– Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.

– Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Tips:

– Kalau nak pedas boleh tambah cili api.

Resepi Sup Gear Box Merah Hidangan Hujung Minggu

 

Leave a Reply