Kuil Haram Gunung Kanthan, Sampai Bila Akan Dibiar?

Kuil Gunung Kanthan

 

Kuil Haram Gunung Kanthan Perak menjadi isu agak panas kerana membabitkan keagamaan.

Namun demikian sampai bila isu ini akan dibiar berterusan? Penjelasan mudah untuk isu ini ialah kelulusan yang telah diberikan kepada pemajak.



Pemahaman Pajakan Negeri Perak

Tanah di Lot 46497 Mukim Hulu Kinta, Perak dimiliki secara pajakan oleh Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan, Chemor, Perak.

Dari sudut perundangan, APMC mempunyai hak ke atas tanah tersebut, melalui kelulusan pajakan tanah yang telah dikeluarkan.

Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 memberi hak kepada APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964.

Pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM), di Gunung Kanthan, merupakan pihak yang menguruskan Kuil Sakyamuni.

Kuil yang bertempat di kaki Gunung Kanthan tidak mendapat sebarang kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan mahupun Kerajaan Negeri Perak.

Kuil berkenaan diuruskan tanpa kebenaran dan permit. Dalam ertikata lain, ini merupakan kuil haram yang dibina di tanah pihak lain.

Tambahan lagi, pihak kuil secara berterusan menceroboh dan membina bangunan-bangunan baru di dalam kawasan yang telah dipajakkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada pihak APMC.



 

Isu Kuil Gunung Kanthan

Sampai bilakah Kerajaan mahu membiarkan kuil-kuil haram sama ada bagi penganut Agama Hindu mahupun Buddha dibangunkan sesuka hati?

Kajian telah dilakukan selama 7 tahun oleh Elanjelian Venugopal berkenaan kuil-kuil Hindu.



Baca – https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/04/08/how-endowment-boards-can-solve-hindu-temple-problems/

Menurut beliau, kebanyakan dari keseluruhan 3,200 kuil Hindu yang terdapat di Malaysia adalah tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Dalam ertikata lain, ianya dibina secara tidak sah. Kajian ini menurut Elanjelian,  dilakukan dari tahun 2005 hingga 2012, dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam.

Ini baru kajian Kuil Hindu. Kita tidak mempunyai kajian setakat ini kewujudan Kuil-Kuil Buddha.

Pihak MDSCM telah ditawarkan tempat baru di Bidor, Perak.

Namun, seperti mana kes Kuil Mariamman di Subang Jaya, pihak MDSCM masih merasakan ini tidak mencukupi.



Mereka telah menolaknya dan berkeras untuk menetap di kaki Gunung Kanthan secara haram.

 

Isu Berkaitan Kuil Di Gunung Kanthan Perak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button