EPL: Arteta, Arsenal tak ada kelas

EPL: Arteta, Arsenal tak ada kelas

EPL: Arteta, Arsenal tak ada kelas
ARTETA

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Michael Owen menyelar sikap pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang secara terbuka mengkritik standard dan kualiti pengadil dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Arteta dilihat tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan ketika pasukannya tewas 0-1 menentang Newcastle United ketika jaringan tunggal perlawanan menerusi Anthony Gordon mencetuskan kontroversi.

Owen menerusi laman sosial X mengakui perlawanan antara Newcastle dan Arsenal adalah aksi yang sangat seronok untuk disaksikan, namun kritikan terhadap pengadil oleh Arteta merosakkan keseluruhan perlawanan.



“Apa yang memalukan dan menyedihkan adalah sikap Arteta pada perlawanan itu. Perkara itu lebih terus daripada sebarang keputusan yang silap dilakukan oleh pengadil.

“Kemudian, beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab dan persatuan peminat mereka (Arsenal) yang mengeluh dan tidak menerima keputusan pengadil adalah sesuatu yang sangat tidak ada kelas,” kata Owen.

Seorang lagi pengkritik bola sepak, Gary Neville turut menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu menyatakan kekecewaan mereka adalah pendekatan kurang tepat yang diambil.

“Kenyataan seperti itu adalah salah. Anda mungkin boleh melakukannya secara lebih baik dengan prosedur tertentu. Saya fikir pengurus dan pemain mereka lebih banyak melakukan kesilapan berbanding pengadil,” jelasnya.



Selepas berdepan kekalahan, Arteta mengkritik secara terbuka keputusan yang dilakukan oleh pengadil, Stuart Attwell dan pegawai Video Bantuan Pengadil, Andy Madley kerana mengesahkan gol Gordon yang didakwa berada pada kedudukan ofsaid. – AGENSI

EPL: Arteta, Arsenal tak ada kelas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading