Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Dengan Covid

Siti Sarah Meninggal Dunia
Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin

 

Penyanyi dan isteri kepada pelawak Shuib, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia jam 5.13 pagi tadi selepas beberapa hari bertarung dengan covid.

Perkara tersebut disahkan Shuib sendiri dilaman sosial miliknya.

Siti Sarah Meninggal Dunia

Allahyarhamah Siti Sarah yang hamil 7 bulan, dimasukkan ke hospital dan terpaksa dibedah bagi menyelamatkan kandungan.

Sebelum ini, Shuib berkongsi kegusaran beliau berkaitan keadaan Allahyarhamah Siti Sarah. Doktor juga meminta Shuib bersedia apa sahaja kerana paras oksigen isterinya jatuh ke 40%.

Bagaimanapun selepas selamat menjalani pembedahan, paras oksigen Siti Sarah meningkat kepada 80%, namun malam tadi Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang kritikal.

Takziah kepada Shuib dan keluarga.

Al Fatihah.

Leave a Reply