‘Blackops’ Sivarasa, Maria Chin & Tony Pua ‘Lompat’?

Maria Chin & Sivarasa
Poster ‘Blackops’ Mengaitkan Maria Chin & Sivarasa

 

Heboh tiga nama besar dari PKR dan DAP telah beralih arah. Sivarasa, Maria Chin dan Tony Pua  dikatakan telah ‘Lompat’ dan akan menyertai blok Perikatan Nasional.

Poster memaparkan wajah Maria Chin & Sivarasa sudah berlegar di media sosial.



Dipercayai sebaran ini adalah ‘blackops’ pihak yang sedang berkira kira sokongan kepada pihak mereka.

Mereka dikatakan akan memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin yang bedepan krisis sokongan.

Agak menghairankan sekiranya nama Maria Chin turut tersenarai kerana beliau antara yang menentang perbuatan lompat parti.

Maria juga merupakan salah seorang yang mahu Akta Lompat Parti diluluskan di Dewan Rakyat.



Sivarasa antara mereka yang terawal bersama PKR semasa ditubuhkan. 

Bagaimana mahu mendakwa Sivarasa akan melompat sedangkan rekod sebagai ahli parti sangat baik.

Tony Pua pula seorang yang setia dengan DAP dan tidak ada kemungkinan beliau berbuat demikian setelah lama bergelumang dalam politik DAP.

Dipercayai sebaran poster serta cerita ‘Lompat’ ini disengajakan oleh pihak tertentu bagi menampakkan mereka (PN) masih mempunyai sokongan kuat.



Krisis sokongan yang dihadapi Muhyiddin semakin mendapat perhatian rakyat. 

Sudah banyak kenyataan dikeluarkan menggesa agar Muhyiddin berundur selepas tidak lagi beroleh sokongan mencukupi.

https://my-news.online/2021/08/12/presiden-makal-sakti-kata-kepada-pm8-lubang-kubur-sudah-siap-hanya-tunggu-jenazah-sahaja/



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button