Rakyat Mahu Perubahan, Pembaharuan Yang Lebih Baik

 

Barisan Kabinet baharu Malaysia diharap membawa pembaharuan dan perubahan terutama kementerian yang terbabit secara langsung dalam melawan pandemik Covid-19.

Itu harapan peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di sini, Zarina Abdullah, 53, yang melihat perlantikan beberapa menteri dalam kementerian berkaitan contohnya ekonomi dan kesihatan dianggap tepat.

“Saya selaku rakyat biasa sangat mengharapkan agar kabinet baharu ini lebih berupaya menangani situasi pandemik Covid-19 kerana semakin hari semakin ramai peniaga yang gulung tikar.

“Semoga pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Kesihatan baharu ini akan membawa perubahan yang baik sekali gus memberi penyelesaian terhadap isu pandemik,” katanya.

Bagi Faizal Yusof, 37 pula, pelantikan barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri diharap dapat menyumbang sesuatu yang lebih baik.

“Tidak banyak beza dengan barisan kabinet terdahulu, cuma ada beberapa muka baharu dan pertukaran portfolio kementerian yang dilihat diisi oleh individu yang tepat.

“Semoga ada perubahan lebih baik dan apa yang lebih penting, kementerian berkaitan dapat menangani dengan lebih berkesan wabak Covid-19 yang sedang dihadapi sekarang,” katanya. – metro –



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button